12246814_1656092187984528_6536358036850483160_nMereka terdiri sembilan pengerusi dan tiga timbalan pengerusi baharu.

Mendahului senarai bagi jawatan pengerusi ialah Tan Sri Anuar Musa sebagai Pengerusi Yayasan Pelajaran Mara Bhd. dan Pelaburan Mara Bhd. diikuti Anuar Abdul Manap ( Glocal Link Sdn. Bhd.), Ahmad Nazlan Idris ( Kolej Poly-tech Mara Sdn. Bhd.), Datuk Hasbullah Osman (Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia Sdn. Bhd. (DDEC) dan Datuk Said Ali Syed Rastan untuk Mara Liner Sdn. Bhd.

Turut dilantik Datuk Azian Osman untuk Pengerusi Giat Mara, Dr. Noor Azmi Ghazali ( Royal College Medical Perak), Datuk Zein Isma Ismail (UniKL Resources Sdn. Bhd.) dan Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz untuk Mara Incorporated Sdn. Bhd.

Bagi jawatan timbalan pengerusi, tiga yang dilantik ialah Zahida Zarikh Khan untuk Yayasan Pelajaran Mara, Arman Azha Abu Hanifah (Giat Mara) dan Roslin Abdul Rahman untuk DDEC.

Penyampaian semua watikah pelantikan dilakukan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.