1Malaysia 4Youth Bukti Kerajaan Mesra Belia

Kuala Lumpur — Program 1Malaysia 4Youth telah berjaya dilangsungkan semalam dengan kehadiran lebih kurang 30,000 belia yang hadirnya daripada pelbagai sektor seperti RELA, JPAM, sekolah-sekolah, persatuan belia, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan lain-lain malah ada juga yang hadir secara individu.

Dalam program tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan beberapa inisiatif yang mana merupakan pengiktirafan berterusan kerajaan kepada belia Malaysia. Antara inisiatif yang telah diumumkan oleh beliau dalam program tersebut ialah :-

1. Dana Sukarelawan 1Malaysia (DRe1M)

2. Lembaga Pemegang Amanah iM4U

3. Pengwujudan Stesen Radio iM4U

4. Mengisytiharkan tahun depan sebagai tahun kesukarelawan negara

Najib telah memperuntukkan sebanyak RM100 Juta yang mana akan disalurkan dalam bentuk geran kepada pertubuhan-pertubuhan belia, malah belia-belia yang tidak pernah menganggotai mana-mana pertubuhan untuk menjalankan program sukarelawan turut diberikan keistimewaan untuk medapatkan dana tersebut. Beliau juga menyarakan permohonan dana tersebut dilaksanakan secara atas talian (On-Line).

Penubuhan Lembaga Pemegang Amanah iM4U tersebut akan dipengerusikan sendiri oleh beliau selaku Perdana Menteri. Tujuan pengwujudan lembaga tersebut adalah bertujuan untuk memastikan sebarang setiap program yang dijalankan dibawah 1M4U berjalan dengan lancar.

Pelancaran stesen radio pula bertujuan untuk memberikan peluang kepada anak muda untuk mengetengahkan bakat dan buah fikiran mereka. Stesen radio tersebut akan berteraskan kepada cita rasa anak muda pada masa kini.

Tahun sukarelawan negara adalah merupakan pengiktirafan tersebar buat belia negara kerana mereka akan diraikan pada tahun tersebut dengan semangat kesukarelawanan.

Semua yang disebutkan diatas adalah membuktikan bahawa kerajaan kita pada hari ini amat menganbil berat akan masa depan belia negara. Kerajaan tidak perlu berjanji manis kepada rakyatnya tetapi kerajaan sendiri akan memberikan khidmat mereka sebaik mungkin demi kesejahteraan semua rakyat terutamanya golongan anak muda.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview