Bas Mewah PKR – Sila Jawab… Penjelasan Khalid Keliru Dan Bercanggah

Kuala Lumpur,04 Oktober2012– Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman mengadakan sidang media berkenaan isu pembelian bas mewah oleh Menteri Besar Selangor di Bilik Mesyuarat Wanita UMNO, Tingkat 37 ,Menara Dato’ Onn sebentar tadi.-Foto:MalaysianView

 

Kuala Lumpur – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim diminta memberi penjelasan berhubung hak milik `bas mewah’ yang digunakan oleh pakatan pembangkang dalam jelajahnya ke seluruh negara yang turut di sertai oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata Wanita UMNO mengesa supaya diberi penjelasan kerana terdapat percanggahan dalam kenyataan yang dibuat oleh Khalid berhubung status bas berkenaan.

“Kenyataan yang diberi oleh Khalid agak mengelirukan, pada 30 September Khalid menyatakan bas berkenaan adalah di sewa, tetapi tidak sampai sebulan dari tempoh berkenaan beliau membuat kenyataan berbeza dengan mengatakan bas itu adalah sewa beli.

“Dalam hal ini, secara jelas berlakunya pembohongan mengenai status bas berkenaan dan sehingga kini beliau masih belum menjawab persoalan berkenaan, dan kami difahamkan bahawa bas berkenaan dikeluarkan dari kilang yang sama yang terbabit dengan 50 buah lori sampah yang dibeli oleh kerajaan Selangor,” katanya pada sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Wanita UMNO di sini, hari ini.

Hamidah berkata, disebabkan terdapat beberapa kebetulan berhubung isu `bas mewah’ dan 50 unit lori sampah, Wanita UMNO ingin mengetahui perkara sebenar dan mengapa sehingga kini Menteri Besar Selangor berdiam diri mengenai perkara itu.

“Saya mohion Menteri Besar, memberi penjelasan dalam tempoh seminggu sebelum membuat tindakan selanjutnya,” katanya.

Sumber; MediaUMNO

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview