Acha Septriasa bakal bersara daripada lakonan?

PELAKON jelita Indonesia, Acha Septriasa, mungkin mengucapkan selamat tinggal kepada dunia hiburan sebaik saja bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Vicky Kharisma dan menetap di Australia.

acha-septriasa-telah-bertunangan-dengan-pemuda-tampan-ini1Bintang yang mencipta nama menerusi filem Heart itu bagaimanapun belum memberikan kata putus berhubung keputusannya untuk bermastautin di negara itu selepas berkongsi berita gembira menjadi tunangan Vicky.

“Mudah-mudahan kerjaya seni saya tidak terkubur begitu saja. Buat masa ini, tiada kata putus yang dapat dicapai mengenai perkara terbabit kerana semuanya masih dalam peringkat perbincangan.

“Selain mempromosikan filem Shy Shy Cat, saya juga masih mempunyai tanggungjawab terhadap filem Kartini yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan,” katanya ringkas.

Terdahulu, berita pertunangan bekas kekasih Irwansyah itu menjadi tanda-tanya apabila beliau memuat naik gambar bersama kekasihnya di dalam kapal terbang dengan menunjukkan cincin bertakhta berlian di jari manisnya.

Gadis cantik berusia 27 tahun itu membuat mimik wajah seperti sedang terkejut, sementara Vicky santai tersenyum sambil memandang kamera.

Acha sebelum ini pernah melangsungkan pertunangan dengan Radipto Indra Rukmana atau lebih mesra dengan panggilan Dito pada 21 Julai 2014, namun putus tidak lama selepas itu.

Berita Berkaitan