Adakah Islam Makin Mundur Bawah Polisi Regim Mahathir-DAP ?

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Pengerusi Pemantau Malaysia Baru, Dato’ Lokman Noor Adam menyifatkan laporan bahawa Tun Mahathir telah memberhentikan program haji 1MDB yang dituduhnya hasil “duit curi” 1MDB, walaupun belum dibuktikan di mahkamah dan mungkin tidak akan dibicarakan langsung kerana tidak ada bukti untuk memenjarakan Dato Sri Najib Razak atas fitnah “mencuri” duit 1MDB yang memenangkan Pakatan Harapan.
 
Tambahnya, pada 16 Jun 2018, rakyat Malaysia, terutamanya yang beragama Islam, dikejutkan sekali lagi sewaktu sambutan Eid-ul-Fitr mereka dengan berita tular bahawa Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri di bawah Tun Mahathir telah menangguhkan 9 kerja-kerja pembinaan atau penambahbaikan masjid-masjid di Pulau Pinang. 
 
“Pemantau Malaysia Baru amat kecewa dan membantah sekeras-kerasnya keputusan ini yang ketara menunjukkan betapa kerajaan Pakatan yang diterajui oleh Umat Islam tetapi terpaksa tunduk dengan desakan rakan komponen bukan Islam mereka yang tidak mahu keperluan asas agama Islam dibina menggunakan duit pembayar cukai sepertimana semasa Kerajaan Barisan Nasional.
 
Sebagai contoh, usul membina Masjid Abu Ubaidah Ibni Al-Jarrah di Bandar Tasek Mutiara telah dicadangkan sejak tahun 2012 kerana di kawasan tersebut mempunyai satu surau dan satu masjid kecil sahaja. Malah, ketika ini kutipan derma wakaf masih giat dijalankan (https://www.facebook.com/masjidBTM/). 
 
Datuk Seri Zainal Abidin bin Osman, Mantan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, pernah melawat tapak tersebut pada 3 Mac 2017 (http://www.ppg.icu.gov.my/ebuletin/jan-mac2017.pdf). Mengikut sumber salah seorang ahli qariah masjid tersebut, Dato Seri Najib telah pun meluluskan 60% dana untuk tujuan ini. Namun, beberapa hari sebelum Hari Raya, harapan penduduk Bandar Tasek Mutiara hancur sama sekali dengan tindakan Regim Mahathir-DAP ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.
 
Persoalannya, apakah rasional Tun Mahathir mengumumkan cadangannya membesarkan Pulau Batu Tengah dan memulakan projek kereta baru nasional yang kedua?
 
Kenapa kedua-dua projek yang menelan belanja besar ini boleh dilaksanakan tetapi kerajaan Pakatan langsung tidak mementingkan projek-projek skala kecil yang boleh membawa manfaat kepada rakyatnya, terutama dalam pembinaan akhlak dan agama bangsa?
 
“Adakah kerajaan Pakatan akan mengubah polisi sebelumnya di mana kerajaan Persekutuan membantu dalam menjana bantuan dana untuk pembinaan dan penambahbaikan masjid dan surau di negara ini? Adakah tindakan menarik pembiayaan projek-projek yang berkait dengan agama Islam mencerminkan kedudukan rasmi kerajaan Pakatan Harapan dalam perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan agama Islam sebagai agama Persekutuan?
 
Adakah tindakan ini juga semata-mata untuk ‘memuaskan’ pengundi-pengundi bukan Islam dan juga golongan liberal yang anti-Islam yang mengundi Pakatan semasa PRU 14 lalu? Dan haruskah Islam di Malaysia ini tunduk kepada tuntutan-tuntutan lain seperti memperlahankan laungan azan dan kuliah, tunduk kepada tuntutan untuk menghentikan bantuan kepada sekolah Tahfiz, penghapusan JAKIM dan pelbagai perkara lain?
 
Kerajaan Pakatan telah menekankan untuk mengekalkan polisi dan amalan yang baik dan menolak amalan yang buruk. Bolehkan saya simpulkan daripada kenyataan tersebut, nyata isu dana untuk kebajikan Islam ini dilihat sebagai sesuatu yang buruk di mata kerajaan baru ini?,” tambahnya lagi. 

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview