ADUN Sekinchan Tidak Berani Jawab Persoalan Penyelewengan Pangsapuri Damai, Sekinchan.

Sekinchan- Sekretariat Anak Muda Selangor (SERANG) kecewa dan dukacita dengan  ADUN Sekinchan YB Ng Suee Lim, apabila beliau tidak menjawab persoalan yang yang dilontarkan berkaitan Penjualan Pangsapuri Damai, Taman Sekinchan Damai, Pekan Sekinchan seperti yang didedahkannya baru-baru ini.
Pengerusinya, Budiman Mohd Zohdi berkata, Ng Suee Lim tidak menjawab persoalan yang dilontarkan berkaitan isu ini sebaliknya membiarkan pegawai beliau sahaja yang memberikan keterangan.
“sehubungan dengan itu, kita mencabar ADUN Sekinchan untuk menjawab persoalan – persoalan yang diberikan. Persoalan terhadap penjualan aset milik kerajaan Negeri Selangor bertujuan menampung perbelanjaan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) bagi kerja-kerja penyelenggaraan adalah sesuatu tindakan yang kurang bijak dari perancangan Belanjawan Tahunan MDSB. Apatah lagi jika penjualan tersebut di bawah dari harga pasaran.
Persoalan mengenai penjualan pangsapuri di bawah dari dari harga pasaran hanya kerana sebuah syarikat yang memasuki tender tersebut adalah sesuatu kenyataan yang tidak diterima akal kerana NKK Enterprise merupakan sebuah syarikat yang baru ditubuhkan pada 29 September 2010.
Mesyuarat Jawatankuasa Tender MDSB Bil 1/2010 bertarikh 4 November 2010 memutuskan syarikat ini diberikan kepada tender tersebut. Apakah asas syarikat yang ditubuhkan tidak sampai 1 bulan lebih diberikan tender tersebut?,” ujarnya selepas membuat laporan polis bagi menyiasat penyelewengan yang berlaku ini.
Tambahnya, alasan MDSB tidak mementingkan keuntungan oleh itu penjualan mengikut unit tidak boleh dilakukan adalah sesuatu kenyataan yang kurang bijak dalam membuat pengiraan pelaburan hartanah kerana ia seperti menafikan han penduduk Sekinchan khususnya dan Parlimen Sungai Besar umumnya berpeluang mendapakan hartanah tersebut.
“Pengumuman penjualan dibuat pada 20 September 2010 dan NKK Enterprise hanya ditubuhkan pada 29 September 2010 dan pada 4 November 2010 Jawatankuasa Tender MDSB Bil 1/2010 telah menawarkan tender tersebut. Mengapakah syarikat yang tiada pengalaman dan baru ditubuhkan diberikan tender tersebut?
NKK Enterprise merupakan entiti perniagaan yang beralamat di 17A, Jalan Suria Indah 5, Taman Suria Indah Tanjung Karang. Mengapakah tidak diberikan peluang entiti perniagaan dari Sekinchan?,” tambahnya.
Isu berkaitan unit yang dijual merupakan peruntukan untuk Bumiputera masih lagi tidak terjawab.
“Kami berpendapat ada sesuatu yang tidak kena dalam penjualan aset milik kerajaan negeri. Kita merasa kesal kerana YB Ng Suee Lim dan Ahli Majlis yang terlibat membenarkan perlakuan ini berlaku,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO bahagian Sungai Besar.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview