Ahli UMNO Jangan Berdiam Diri Dan Berpeluk Tubuh

SUBANG, 2 Julai – Ahli UMNO tidak boleh terus mendiamkan diri, memandangkan kita lihat gerakan Pakatan Harapan ini terus menghakis sokongan rakyat dan akar umbi UMNO, ujar Ketua UMNO Bahagian Subang, Dato’ Armand Azha Abu Hanifah.

Ujarnya, modus operandi sama seperti mana mereka lakukan seperti sebelum ini iaitu menghakis kepercayan pada tubuh badan Presiden UMNO dengan isu intregriti.

“Kali ini kita sebagai orang UMNO jangan terperangkap dengan permainan politik dendam mereka.

Jangan kita ambil pendekatan untuk tengok dan tunggu kerana akhirnya ianya akan jadi virus dan akan terus mencari-cari kepercayan rakyat malah akar umbi UMNO.

UMNO harus menjawap tiap persoalan dengan matang , professional dan paling utama adalah menyakinkan rakyat dalan tiap tuduhan persepsi mainan pihak mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Kini mereka mula menyentuh tubuh badan Presiden UMNO yang baru, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, boleh dilihat sebaik sahaja beliau menang pemilihan UMNO mereka terus membuat pertuduhan pada Presiden UMNO.

“Alhamdulilah Zahid mengambil pendekatan untuk berdepan dan menjawap persoalan agar ianya tidak menjadi barah atau virus sebagai serangan CHARACTER ASSASSINATION sebagaimana yang mereka lakukan pada Datuk Seri Najib.

Bagi penilaian saya, perkara ini harus kita berikan keutamaan baik daripada peringkat pusat sehingga peringkat cawangan. Maklumat dan penerangan tentang isu yang dicipta oleh Pakatan harus di salurkan secara real time atau secepat mungkin bagi kita menjawap tiap persoalan oleh akar umbi, rakyat mahupun di sosial media.

Semoga rangkaian Penerangan UMNO Malaysia boleh bergerak secara dinamik dan progresif dalam keadaan di mana akar umbi dahagakan maklumat untuk kita berperang dan menjawap tomahan,” tambahnya.

Beliau turut mengajak ahli UMNO berdiri teguh sebagai satu keluarga UMNO dalam apa jua situasi yang akan kita hadapi.

“Kita harus sedar akan fakta bahawa ‘kita telah menang PRU sebanyak 13 kali, tak kan baru sekali kita ditangguhkan kemenangan, kita nak berpecah’ .

Sama- kita bangkit untuk Bersatu, Betia dan Berkhidmat untuk parti UMNO dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya,” tambahnya.

 

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview