Ahmad Zahid Dipilih Ketua Pembangkang

KUALA LUMPUR, 16 Julai — Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) telah dipilih sebagai Ketua Pembangkang dengan persetujuan parti-parti bukan kerajaan. 

Setiausaha Agung UMNO yang juga anggota Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa berkata persetujuan itu dicapai selepas satu mesyuarat antara parti pembangkang iaitu Barisan Nasional (BN) dan PAS semalam.  

“Semalam satu perjumpaan antara BN dan PAS telah diadakan dan kita semua setuju menamakan Ahmad Zahid sebagai Ketua Pembangkang. Kita semua sebulat suara tanpa sebarang tentangan ataupun cadangan nama lain,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini. 

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan  (PAS-Kota Bahru) berkata persetujuan PAS supaya Ahmad Zahid menjadi Ketua Pembangkang dibuat berdasarkan jumlah kerusi yang dimiliki BN dalam Dewan Rakyat. 

“Ini amalan demokrasi kerana BN paling ramai jadi kita sokong mereka, walaupun kami menyokong tetapi PAS tidak terikat dengan BN dan PAS masih boleh mempunyai pendirian sendiri dalam sesuatu isu,” katanya. 

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview