AirAsia Tawar Lebih Banyak Penerbangan Aidilfitri

AirAsia akan menambah kekerapan penerbangannya bagi bandaraya-bandaraya terpilih untuk menampung peningkatan permintaan dalam tempoh perayaan Aidilfitri.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan tambang murah itu berkata penerbangan tambahan itu akan ditawarkan dari 15 Ogos hingga 26 Ogos.

Antara destinasi-destinasi yang menikmati penerbangan tambahan itu ialah Kota Bharu (daripada lapan kali kepada sembilan kali sehari), Bintulu (daripada dua kali kepada tiga kali sehari) dan Medan daripada lima penerbangan kepada tujuh.

Penerbangan tambahan ini boleh ditempah sekarang hingga 15 Julai, dengan harga serendah RM92 (sehala). Tahun ini, Hari Raya dijangka jatuh pada 19 Ogos.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview