Andy Yong Masih Dalam “Denial Sindrom” Dan Perlu Belajar Erti Setiakawan Dalam BN

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Presiden Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M), Dato Armand Azha Hj Abu Hanifah menyifatkan Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong Kim Seng didalam “Denial Sindrom” atau bercakap tidak mengunakan akal tetapi emosi dalam mengeluarkan kenyataan mengajak komponen BN mengadakan mesyuarat dalam kadar segera untuk menyingkirkan UMNO daripada BN.

Saya nak berikan menegur secara tegas pada beliau, sebelum mencadang atau nak keluarkan kenyataan, beliau harus mengkaji dan menilai sendiri kekuatan parti Gerakan pada PRU14 yang lalu di mana parti beliau tidak menang satu kerusi pun dalam PRU14 yang lalu.

“Saya nak maklum pada beliau , UMNO berjaya mempertahankan 55 kerusi Parlimen sekali gus pemegang kerusi terbanyak sebuah parti Politik dalam Dewan Rakyat atau Parlimen.

Pada Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, sebelum nak buat kenyataan cermin dahulu kedudukan sokongan rakyat pada parti anda dahulu sebelum nak buat cadangan yang nampak kurang bijak tersebut,” tambahnya yang juga EXCO Pemuda UMNO Malaysia.

Bagi UMNO , parti ini masih berpegang pada konsep Setiakawan dalam parti komponen. Walaupun parti daripada Sarawak mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan kerajaan Pusat di bawah Pakatan, sebagai dalam pasukan BN, kita ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang pernah dijalinkan semasa bersama BN.

“Kami yakin suatu hari nant kita akan bersama kembali, kami tahu keputusan dibuat oleh Kerajaan Sarawak atas kepentingan rakyat Sarawak dan BN menghormati keputusan yang dibuat demi kepentingan rakyat.

Saya sedia bertemu empat mata dengan Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Sdr Andy Yong Kim Seng dalam isu yang dibangkitkan oleh beliau untuk cari jalan penyelesaian .

Ini adalah masa untuk BN bersatu bukan masa untuk mencari kesalahan antara satu sama lain , bagi saya ini adalah masa untuk mencari titik penyatuan, menilai dan memahami apa erti sebenar Setiakawan BN,” tambahnya.

 

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview