Angka Kematian Letusan Gunung Berapi Di Guatemala Cecah 65 Orang

BANDARAYA GUATEMALA, 5 Jun — Angka kematian akibat letusan gunung berapi di Guatemala kini mencecah 65 orang, menurut pihak berkuasa negara itu pada Isnin.

Jurucakap agensi Penyelaras Bencana Kebangsaan, David de Leon berkata, mangsa yang cedera seramai 46 orang manakala jumlah penduduk dipindahkan meningkat seramai 1,877 orang.

Wilayah yang teruk terjejas seperti Sacatepequez, Escuintla dan Chimaltenango diisytiharkan sebagai kawasan bencana. 

Letusan gunung berapi itu mengeluarkan asap dan abu hingga sejauh 260 kilometer yang menjejaskan lebih 1.7 juta orang.

Gunung Fuego setinggi  3,763 meter dan paling aktif daripada 32 gunung berapi yang terdapat di Guatemala.

Pihak berkuasa terpaksa menutup lapangan terbang La Aurora buat sementara waktu disebabkan abu tebal menutupi landasan bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dijalankan, sebelum operasinya dibuka semula.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview