Annuar Musa Tanding Timbalan Presiden UMNO

KOTA BHARU: Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO, pada pemilihan parti akan datang.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan pemimpin kanan parti peringkat nasional dan negeri.

“Saya dengan penuh rasa tanggungjawab memaklumkan bahawa saya akan menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan UMNO, 30 Jun ini.

“Kepada Allah SWT saya berserah. Semoga segala-galanya berjalan dengan baik dan kesetiaan saya pada parti demi memperjuangkan agama, bangsa dan negara yang akan terus saya pertahankan,” katanya menerusi satu kenyataan yang dimuat naik menerusi akaun Facebook miliknya, sebentar tadi.

Selain Annuar, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan turut dilaporkan menawarkan diri bertanding jawatan sama.

Majlis Tertinggi UMNO menetapkan tarikh persidangan tahunan cawangan dan sayap Wanita, Pemuda serta Puteri bermula 19 Mei hingga esok, manakala peringkat Bahagian, bermula 30 Jun ini.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview