Armand Cadang Wujudkan Majlis Penasihat Presiden UMNO

KUALA LUMPUR – EXCO Pemuda UMNO, Dato’ Armand Azha Abu Hanifah Permilihan UMNO kali ini amat penting untuk memastikan jatuh bangunnya parti UMNO. Seperti biasa proses demokrasi UMNO berjalan dengan lancar dengan pelbagai kepimpinan menawarkan diri dlm pemilihan UMNO kali ini.

“Tapi jika kita lihat, kerusi yang jadi perhatian adalah kerusi Presiden UMNO , Timbalan Presiden UMNO dan Naib Presiden UMNO, kerana inilah kerusi yang bakal membawa UMNO bangkit daripada PRU14.

Pelbagai nama telah disuarakan oleh akar umbi bagi memenuhi kerusi-kerusi yang diperkatakan. Jika kita lihat sudah ada lebih 6 pemimpin menawarkan diri sebagai calon Naib Presiden iaitu Khairy Jamaluddin, Ds Ismail Sabri, Ds Mahadzir Khalid, Ds Johari Ghani, Ds Khaled Nordin ,dan Ds Tajuddin Rahman buat masa ini, suatu yang menarik jika kita kaji satu2 daripada yang mempunyai kekuatan yang berbeza .

Manakala kerusi Timbalan Presiden sudah ada 2 pemimpin menawarkan diri iaitu Ds Mohammed Hassan dan Tan Sri Annuar Musa juga mempunyai cara pendekatan berbeza dan mempunyai kekuatan tersendiri,” ujarnya dalam satu kenyataan. 

Tapi yang paling menjadi perhatian seluruh ahli UMNO dan rakyat Malaysia adalah kerusi Presiden UMNO. Seperti mana tahu buat masa ini tanggungjawab ini digalas oleh Ds Zahid Hamidi malah beliau telah bersedia mengalas amanah sebagai Presiden UMNO dimana beliau telah menawarkan diri sebagai Calon Presiden UMNO. Tapi dalam masa ini ada juga nama yang hangat diperkatakan iaitu Ku Li salah seorang pemimpin senior dlm UMNO.

“Boleh dikatakan buat masa ini dua individu ini mendapat sokongan dan dokongan diperingkat akar umbi bagi mengisi kerusi Presiden UMNO.

Pada pendapat peribadi saya dalam isu Presiden UMNO, kedua2 mereka amat penting dalam UMNO bagi proses pengukuhan UMNO,” tambahnya.

Ds Zahid Hamidi dilihat mempunyai kekuatan akar umbi UMNO manakala Ku Li mempunyai kekuatan daripada segi pengalaman dlm UMNO. Ini dua perkara yang amat penting bagi UMNO untuk bangkit drpd PRU14.

“Pada pandangan peribadi saya, dikala ini UMNO tidak boleh kehilangan salah seorang daripada mereka demi utk memastikan kekuatan UMNO disemua peringkat baik dalam Parti mahupun Rakyat diluar.

Pada hemat saya, lebih baik ada sata plan cadangan untuk wujudkan MAJLIS PENASIHAT PRESIDEN UMNO dimana Ku Li, Pak Lah dan beberapa senior UMNO duduk sebagai Penasihat Presiden. Pada pandangan saya buat masa ini kita berikan sokongan pada Ds Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO untuk adakan rundingan dan utk memastikan UMNO tidak terus retak dan berpecah, jika ini berlaku saya yakin UMNO akan terus kukuh dengan wujudnya MAJLIS PENASIHAT PRESIDEN UMNO .

Rakyat akan lihat UMNO boleh bersatu dalam masa parti kita yang telah kalah pada PRU14 dengan suatu semangat dan iltizam baru untuk perkukuhkan parti UMNO.

Ini merupakan pandangan peribadi saya demi kepentingan UMNO agar kita terus bergerak sebagai satu keluarga besar UMNO. Sama2 kita doakan yg terbaik buat UMNO insyallah,” tambahnya yang juga Presiden Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M).

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview