Arul Kanda Dipanggil Beri Keterangan 1MDB Kepada PAC Pada 1 Dis

KUALA LUMPUR, 5 Nov  — Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan memanggil Presiden dan Pengarah Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy untuk memberi keterangan berhubung syarikat pelaburan strategik negara itu pada 1 Dis.

Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata dalam masa sama, bekas Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulannya, Datuk Mohd Shahrul Ibrahim Halmi juga dipanggil untuk memberi keterangan pada 25 Nov ini.

Bercakap kepada wartawan di lobi Parlimen di sini, hari ini, beliau berkata surat untuk memanggil kedua-dua individu tersebut untuk memberi keterangan kepada PAC sudah pun dihantar kepada mereka.

PAC dijadual menggulung penyiasatan terhadap 1MDB dan membentangkan laporan itu kepada Dewan Rakyat sebelum sesi persidangan ditangguhkan pada 3 Dis.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview