Bajet 2013 – Diharap Sabah Diberi Keutamaan Dalam Sektor Pendidikan

Tenom, 4 November –  Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Tenom yakin  peruntukan besar kepada Kementerian Pelajaran dalam Belanjawan 2013  akan memberi impak positif  bagi membolehkan kementerian berkenaan  memberi lebih perhatian terhadap  kemajuan pendidikan kuhususnya di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak demi memastikan penduduknya menerima pendidikan berkualiti.

Ketuanya, Jamawi Jaafar berkata, dengan  peruntukan sebanyak 38.7 bilion ringgit  yang diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran meliputi peruntukan mengurus dan pembangunan diharapkan lebih banyak disalurkan ke negeri ini bagi menangani beberapa masalah insfrastruktur serta kemudahan lain yang masih menjadi hambatan bagi sekolah sekolah di luar bandar di negeri ini.

“Kita berharap  kementerian pendidikan khususnya Jabatan pelajaran Sabah  dapat membuat perancangan teliti untuk membangunkan prasarana sekolah secara meluas dengan memberikan keutamaan kepada keperluan yang mendesak termasuk pembinaan bangunan sekolah ,menambah bilik darjah serta kemudahan asas yang lain seperti bekalan api elektrik dan air” ujarnya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Ujarnya juga exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan peruntukan yang begitu tinggi  yang diperuntukan  kepada Kementerian Pelajaran diharapkan usaha untuk membangun modal insan yang berkualiti dapat dipenuhi  bagi  keperluan pembangunan negara yang pesat membangun

“Kita juga berharap melalui peruntukan yang diumumkan oleh kerajaan dalam Bajet 2013 ini bukan sahaja memberikkan tumpuan kepada peningkatan prasarana keperluan pendidikan namun usaha untuk meningkatkan kualiti tenagaja pengajar juga diharapkan dapat diberikan perhatian  bagi  mempastikan modal insan yang dilahirkan mempunyai daya usaha serta pemikiran yang lebih tinggi bagi menghadapi cabaran global” tambahnya.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview