BBM Pada BlackBerry 10 Bakal Membawakan Sokongan Panggilan Video

BlackBerry Messenger semestinya salah satu platform yang popular dikalangan pengguna BlackBerry dalam bersosial dan juga bersembang dengan rakan-rakan dengan pantas. Dan melalui BlackBerry 10, BBM akan terus berevolusi, dan bakal membawakan sokongan panggilan video dan banyak lagi padanya.

Perkara ini dikongsikan oleh BlackBerry pada sesi bersama pelabur hari ini. Pada masa yang sama, RIM juga seperti mengesahkan mereka tidak akan menawarkannya pada platform lain, dan ingin menggunakan BBM sebagai kelebihan platform mereka.

BlackBerry sedia terkenal dengan menggunakan data yang rendah dalam menghantar dan juga menerima sesuatu melalui internet. Dan semestinya ia sesuatu yang menarik untuk melihat bagaimana BlackBerry kelak mengendalikan sokongan penghantaran dan penerimaan video melalui BIS kelak.

RIM disasarkan untuk melancarkan peranti BlackBerry 10 mereka kepada umum pada awal tahun hadapan – 2013.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview