Bersatu Tak Mungkin Ganti UMNO – Khaled

JOHOR BAHRU – Bersatu tidak mungkin mampu menjadi pembela dan pelindung kepada kedudukan orang Melayu.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara itu kerana pendekatan diambil kerajaan baharu mirip kepada kesamarataan.

Menurutnya, semua pihak boleh melihat terdapat banyak perkara yang menimbulkan kegusaran orang Melayu apabila Pakatan Harapan (Harapan) mengambil alih kerajaan.

“Memandangkan pendekatan yang diambil kerajaan baharu ini mirip kepada kesamarataan, maka tidak mungkin Bersatu mampu menjadi pembela dan pelindung kepada kedudukan orang Melayu.

“Kita boleh lihat apabila baru mengambil alih kerajaan, banyak perkara-perkara yang orang Melayu rasa gusar. Jadi mungkin sekadar hasrat, tapi pelaksanaan dan menterjemahkannya tidak semudah begitu.

“Oleh itu Umno masih lagi mampu memainkan peranan sebagai pembela dan pelindung kepada orang Melayu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa orang Melayu boleh memberi kepercayaan penuh kepada parti tersebut untuk ambil alih peranan Umno dalam membela dan melindungi mereka.

Mohamed Khaled berkata, beliau juga menganggap kenyataan Mahathir sebagai satu cabaran kepada Umno untuk bekerja kuat dan pastikan parti itu bergerak berasaskan landasan asalnya.

Sumber : Sinar Harian

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview