Bersih jejas imej Islam, kata Najib

SERDANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak semua pihak supaya menjadi kumpulan  ‘Muslihun’, yang merujuk kepada pemupukan aspek perpaduan kaum, dan bukannya menjadi kumpulan ‘Mufsidun’ yang lebih kepada tindakan untuk merosakkan atau memecahbelahkan, dan beliau merujuk demonstrasi Bersih di ibu kota beberapa bulan lepas sebagai kumpulan Musfidun ini.

Beliau berkata, sekiranya ada pihak yang tidak sependapat dengan kerajaan, mereka seharusnya berhimpun dengan cara yang aman, berlandaskan prinsip undang-undang, dan bukannya bertindak dengan cara yang merosakkan.

“Membantah dengan cara yang berhemah dan beradab. Bukankah itu juga tuntutan agama. Bila demonstrasi diadakan di kota suci Mekah dan Madinah pula, ia merosakkan imej Islam di mata dunia. Lebih buruk lagi kemungkinan kuota haji untuk negara pula ditarik balik oleh kerajaan Arab Saudi,” katanya.

Najib berkata, beliau sudah berusaha menerusi saluran tertutup disebabkan hubungan rapat dengan Raja Arab Saudi Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud, dan menyampaikan laporan sebenarnya mengenai demonstrasi di kota suci itu, kerana kerajaan khuatir dengan kemungkinan ribuan jemaah haji dari Malaysia tidak dibenarkan menunaikan ibadah haji tahun ini.

“Tapi kerana tindakan kita menjelaskan situasi sebenar, (ia) meyakinkan kerajaan Arab Saudi supaya tidak menarik kuota haji dari Malaysia, Alhamdulillah, ini perjuangan kita,” katanya.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview