Biro Kebajikan UMNO Salur 10,000 Bekalan Makanan Ke Kelantan – Shamsul

RANTAU PANJANG, 4 Jan –  Biro Kebajikan UMNO Malaysia hari ini membuat keputusan menambah 5000 lagi bekalan makanan kepada mangsa banjir di Kelantan menjadikan jumlah keseluruhan 10,000 setakat ini. Penambahan ini dibuat setelah melihat jumlah mangsa terlibat bertambah daripada sebelum ini.

unknown-6Pengerusinya, Datuk Dr Shamsul Anuar NAsarah berkata, agihan sumbangan sedang dilakukan oleh UMNO Bahagian yang berkaitan, dan sebahagiannya sedang dalam proses penghantaran.

“Tumpuan kita buat di kawasan selain dari pusat penempatan kerana di pusat pusat penempatan ianya telah diuruskan oleh jabatan kerajaan yang berkaitan.

Dalam pada itu, Biro Kebajikan UMNO Malaysia merakamkan ucapan terima kasih kepada jentera kerajaan BOMBA JKM JPA NADMA POLIS RELA serta semua agensi terbabit  yang bertungkus rumus membantu rakyat di kebanyakan tempat,” ujarnya ketika melawat mangsa banjir di Kg Kok Pauh di sini.

Dalam pada itu, beliau juga berharap apa juga rungutan dan rintihan yang rakyat luahkan ketika ini diharapkan dapat segera ditanggapi.

“Namun demikian kita pasti agak sukar mahu diselesaikan semua perkara namun kita percaya semua pihak berusaha memberikan yang terbaik kepada rakyat,” tambahnya.

unknown-7 unknown-8 unknown-9

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview