BN Minta Pembangkang Perjelas Anggota DAP Guna Bahasa Inggeris

JOHOR BAHARU, 18 Nov — Pakatan Harapan hari ini didesak agar memberi penjelasan rasmi berhubung tindakan seorang Anggota Parlimen DAP yang mempersoalkan hak penggunaan Bahasa Inggeris (BI) dalam perbahasan Dewan Rakyat semalam.

12274734_1164820703531446_2987651967630197429_nPengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata pihaknya tertarik untuk tahu sama ada tindakan itu dipersetujui oleh kesemua parti komponen pembangkang.

Lagipun, katanya sudah terdapat banyak insiden yang menunjukkan pembangkang sebelum ini tidak menyokong kenyataan atau tindakan parti komponen sendiri berhubung sesuatu isu.

“Saya tengok ini memang sudah menjadi tabiat, jadi saya minta ketua pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah; Lim Kit Siang, dan Lim Guan Eng sebagai pemimpin DAP menjelaskan tindakan.

“Kita mahu tahu pendirian dan kedudukan rasmi mereka, sebelum BN membuat komen seterusnya,” kata beliau yang hadir di taklimat Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) mengenai banjir kilat di sini.

Beliau mengulas tindakan Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) yang bertegas menggunakan bahasa Inggeris ketika mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 dalam persidangan Dewan Rakyat, semalam.

Chong berkata anggota parlimen Sabah dan Sarawak berhak menggunakan BI dalam dewan itu kerana perkara itu termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Abdul Rahman yang merupakan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, pihaknya melihat tindakan Chong itu isu besar kerana melibatkan maruah bangsa kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia.

BN tidak mahu ia berakhir dengan ‘permainan’ semata-mata, katanya.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview