imageMempunyai kekuatan aspek pengurusan acara, pengalaman luas dan hubungan yang baik dengan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) menjadi antara faktor syarikat yang berpangkalan di Shah Alam, Selangor itu menjadi pilihan terbaik kementerian.

“Syarikat ini juga diterajui oleh orang yang berpengalaman dalam LTdL (Emir Abd. Jalal, bekas Ketua Pegawai Operasi LTdL 2012-14) dan akan mendapat geran peruntukan tahunan RM11 juta dengan kontrak dua tahun bagi khidmat pengurusan penganjurannya mulai tahun depan.

“Empat syarikat telah memohon tetapi satu daripadanya telah menarik diri, jadi tinggal tiga dan jawatankuasa ad hoc yang dipengerusikan Datuk Jamil Salleh (Ketua Setiausaha kementerian) membuat keputusan memilih Ciclista,” katanya.

Beliau mengumumkannya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bersama Atlet Program Kita Juara Sukan SEA Malaysia 2017 di Gimnasium 2, Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, semalam.

Mengenai Program Kita Juara yang bertujuan mengulangi kejayaan menjuarai temasya dwitahunan serantau itu seperti 2001, sebanyak 38 persatuan sukan kebangsaan dan 772 atlet negara telah dilibatkan dalam perancangannya sejak 1 Jun lalu.

Fasa pelaksanaan program ini dibahagikan kepada yang pertama – September 2015 hingga September 2016, kedua (Oktober 2016 hingga Mac 2017) dan ketiga (April 2017 hingga September 2017).

Asas pemilihan atlet ialah pemenang pingat emas Sukan SEA 2015, pemenang pingat Sukan Asia Incheon atau Komanwel Glasgow 2014, juara remaja Asia atau dunia, antara 16 terbaik dunia atau lapan terbaik Asia atau lima terbaik Asia Tenggara, juara kejohanan kebangsaan dan juara Sukan Malaysia.

“Sebanyak 38 jenis sukan dipertandingkan pada Sukan SEA 2017. Ini hanyalah senarai panjang dan Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan Tunku Imran Tuanku Ja’afar (Presiden Majlis Olimpik Malaysia) akan muktamadkannya pada akhir Februari tahun depan.

“Jadi masih ada ruang untuk (persatuan sukan kebangsaan) membuat rayuan (memasukkan jenis dan acara cadangan pilihan mereka). Senarai panjang ini mengambil kira prestasi dan pencapaian lalu dan harap dapat dipendekkan,” katanya.

Mengenai peruntukan RM145 juta daripada kerajaan, katanya, keba­nyakannya adalah untuk membiayai persediaan atlet program itu dan hanya sedikit diagihkan kepada kos penambahbaikan kemudahan ge­langgang sedia ada Sukan SEA 2017.

“Kita tidak tetapkan berapa ba­nyak pingat emas yang perlu dimenangi untuk muncul juara keseluruhannya. Berapa sahaja jumlah yang diperlukan, kalau lebih 111 emas (seperti Sukan SEA 2001), lebihlah…

“Thailand merupakan pesaing terbesar kita nanti tetapi jika bukan sebagai juara, program ini dianggap gagal,” katanya yang turut menganggap sukan ibu segala emas – bola sepak lebih wajar dikekalkan kepada pemain bawah 23 tahun se­perti sekarang.

Beliau mengulas ura-ura Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) untuk menurunkan had umur penyertaan pemain bola sepak Sukan SEA 2017 kepada bawah 21 tahun supaya dirangkumkan sebagai Kelayakan Olimpik 2020.

PERLUMBAAN LTdL 2016 yang 
memasuki edisi ke-21 akan 
dianjurkan oleh Ciclista Sdn. Bhd.