RafflesiaMajistret Mohd. Nazri Omran turut memerintahkan Zarina Anjouline atau nama penuhnya Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 29, menjalani pengawasan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama tiga tahun selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Zarina Anjoulie dan rakan lelakinya Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 29, didakwa menggunakan dadah jenis Methamphetamine dan air kencing mereka didapati positif dadah jenis tersebut di Pejabat Narkotik, Balai Polis Damansara di sini kira-kira pukul 8.10 malam, 30 Disember 2012.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda hingga RM5,000 jika sabit kesalahan. – Utusan