Dap Tidak Perlu Campur Tangan Urusan Penerangan UMNO

LEDANG, 27 Feb – Ahli Parlimen Ledang Datuk Ir Hamim Samuri berkata, Penasihat Dap Lim Kit Siang tidak perlu campur tangan dalam urusan penerangan UMNO kerana UMNO hanya akan menyampaikan maklumat berdasarkan fakta dan kebenaran.

e7801392-df7d-4e5f-9752-9e2f3d16950bJelasnya, ini berbeza dengan sikap pembangkang yang akan menghalalkan segala cara semata-mata untuk merealisasikan impian mereka.

“Hanya kerana dia merasakan kononnya isu Forex boleh memberi impak yang bagus kepada Dap maka tanpa segan-silu dia menawarkan diri untuk bersama-sama menyertai jelajah Penerangan UMNO.

“UMNO bukanlah sebuah parti yang boleh dijadikan kuda tunggangan orang lain… kita berdiri atas kaki sendiri… kita memperjuangkan ketelusan dan kebaikan untuk rakyat dan negara.

“… kerana itulah apa yang kita sampaikan adalah kebenaran dan fakta. Kerana itu jugalah jika ada pemimpin kita yang didapati bersalah, kita akan ambil tindakan. Bukan seperti Dap yang sehingga kini masih mempertahankan Setiausaha Agung mereka yang belum disahkan jawatan,” ujarnya kepada UMNOJohor.com .

Tambah Hamim, pembangkang kini sebenarnya dilihat semakin terdesak untuk mempengaruhi rakyat kerana Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU-14) sudah semakin hampir.

“Mungkin mereka menyedari bahawa usaha mereka terutamanya selepas bergabung dengan parti Pribumi tidak mendatangkan hasil maka mereka cuba untuk berbuat baik dengan UMNO.

“Jika kita terima pelawaan Dap ini maka sudah pasti akan banyak yang akan dimanipulasikan. Maklumlah, Dap memang terkenal dengan sikap suka menikam belakang kawan sendiri… lihatlah bagaimana parti Pas telah diperkotak-katikkan mereka selama ini,” katanya lagi.

Baru-baru ini Kit Siang menawarkan diri untuk menyertai jelajah UMNO bagi memberi penjelasan berkaitan isu Forex namun mengenakan syarat hanya akan berbuat demikian jika siasatan juga dibuat ke atas skandal Bumiputera Malaysia Finance (BMF) dan 1MDB.

Selaku ketua pembangkang, Kit Siang disifatkan begitu lantang di Dewan Rakyat dengan mengemukakan pelbagai usul termasuk mencadangkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan pada sekitar 1990-an.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview