DAP Umum Calon PRK Balakong Sehari Dua Ini

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP akan memutuskan calonnya untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, dalam sehari dua ini.  

“Parti sudah mempunyai senarai nama calon bagi PRK itu,” kata Pengerusi Kebangsaan DAP Tan Kok Wai kepada pemberita selepas Persidangan Antarabangsa Cheng Ho di sini, hari ini.

Kerusi DUN Balakong kosong apabila penyandangnya, Eddie Ng, maut dalam kemalangan di KM11.7 Lebuhraya Grand Saga, pada 20 Julai lepas. 

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Ng mewakili DAP menewaskan calon BN, Lim Chin Wah dan Mohamad Ibrahim Ghazali (PAS), dengan majoriti 35,538 undi.

Ng memperoleh 41,768 undi berbanding Lim (5,875 undi) dan Mohamad Ibrahim (6,230).

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview