Debat 1MDB… Sepatutnya Rafizi Ganti Tony Pua Di Dalam PAC

KULAI 9 Nov – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai, YB Ali Mazat melihat tarik tali Pengerusi Publisiti DAP Selangor, Tony Pua berhubung program debat bersama CEO 1MDB, Arul Kanda, sehinggalah akhirnya Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dinamakan sebagai pengganti beliau dalam isu berkenaan hanyalah sekadar untuk menutup aib sendiri semata-mata.

2945Menurut beliau bukankah Rafizi boleh sahaja dinamakan sebagai pengganti Tony Pua di dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara meneruskan debatnya dengan Arul Kanda.

“Bukan susah pun… Tony Pua Letak jawatan dalam PAC dan gantikan dengan Rafizi. Apa masalahnya dan tidak timbul sebarang perkara berbangkit pun dan itu adalah jalan yang sewajarnya sekiranya Tony benar-benar berhasrat untuk menjayakan debat berkenaan.

“Ini lain pula jadinya dengan Rafizi dinamakan sebagai pengganti. Bagi saya perkembangan itu hanyalah sekadar untuk mengalih isu daripada masayarakat umum memperkatakannya setelah Ahli Parlimen Pandan menggantikan Pengerusi Publisiti Dap Selangor,” katanya kepada UMNO-Johor, di sini, hari ini.

Pengerusi Publisiti Dap Selangor, Tony Pua minggu lalu menawarkan dirinya untuk berdebat secara langsung dengan Arul Kanda bagi membahaskan isul 1MDB, tetapi Arul Kanda kemudiannya berkata beliau hanya akan menerima cabaran itu jika pemimpin DAP itu meletakkan jawatan sebagai ahli PAC.

Walau bagaimanapun, presiden 1MDB itu menarik balik syaratnya dan bersetuju untuk debat secara langsung.

Berikutan itu, Pandikar mengarahkan Pua sama ada berundur dari PAC atau menarik diri daripada siasatan jawatankuasa itu ke atas 1MDB jika mahu berdebat dengan Arul Kanda.

Berikutan itu, Pakatan Harapan hari ini mengumumkan bahawa Rafizi akan menggantikan Pua dalam perbahasan.

Mengulas lebih lanjut Ali Mazat seterusnya menegaskan tindakan sedemikian oleh parti pembangkang bukanlah perkara baru dan bukanlah perkara yang menghairankan kerana itulah tindak tanduk mereka dalam berpolitik.

Sebab itulah tambah beliau lagi pihaknya percaya isu 1MDB akan terus dimanipulasi dan akan terus menjadi senajat komoditi politik kepada pihak lawan untuk emmburukka-burukkan kerajaan.

“Cumanya dalam isu perdebatan tersebut, Tony Pua mungkin tersilap langkah dan tidak mengjangka Arul sedia menyahut cabaran terbabit dan gara-gara ingin menutup perkara itu, jalan lain adalah mengalihkan isu yang sebenarnya.

“Jika benar-benar ingin menjayakan debat terbabit bukan perkara sukar sepertimana yang saya katakan tadi. Ganti sahaja Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dengan Tony Pua di dalam PAC,” katanya lagi.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview