Demi Masyarakat Saya Rela Berkorban – Jamal Yunos

KUALA LUMPUR, 6 Jun – ” Demi masyarakat saya rela berkorban,” itulah kata-kata yang diungkapkan oleh Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Walaupun diburu oleh pihak berkuasa diatas tindakannya yang membela nasib masyarakat khususnya di negeri Selangor seperti isu Air, Perlambakan Kedai Judi Haram, Perlambakan Rumah Urut, Penyelewengan Wang Khairat Kematian, Penyelewengan Dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan sebagainya, Jamal sanggup merelakan dirinya dikenakan tindakan undang-undang pada waktu itu supaya apa yang dilakukan akan membuka mata Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pemerintahan Menteri Besar Selangor sewaktu itu iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Jamal terkilan diatas tindakan Kerajaan Persekutuan pada hari ini iaitu Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana menjadikan dirinya sebagai mangsa dendam politik rentetan perkara-perkara yang telah dilakukan.

Jamal dipercayai menyembunyikan diri untuk menenangkan diri dan akan kembali untuk memenuhi tuntutan undang – undang negara.

Dalam pada itu, Jamal dikenakan tindakan hukuman melebihi daripada 9 kes termasuk kes terdahulu yang tiada tindakan tetapi masih di dalam pemerhatian (KIV), tiada tindakan lanjut dan fail sudah ditutup (NFA).

Hal kecil seperti laporan polis tentang gambar suntingan dan telah pun disiasat tetapi mempunyai aduan tentang gambar tersebut turut dibangkitkan kembali dan membuatkan Jamal perlu direman bagi membantu siasatan.

” Bagi saya perkara-perkara tersebut tidak masuk akal dan saya percaya ada tangan-tangan ghaib yang menekan pihak berkuasa atasan supaya memberikan tekanan politik kepada saya,” kata Jamal. 

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview