Dr Mahathir Pengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2018

PUTRAJAYA, 7 Jun (Bernama) — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2018 di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Audit Negara Tan Sri Madinah Mohamad.

Dr Mahathir tiba kira-kira 9.40 pagi.

Turut kelihatan memasuki bangunan Kementerian Kewangan ialah Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri.

Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan perkara yang melibatkan pengurusan kewangan Kerajaan Negeri dan isu-isu yang berkaitan dengannya. -Bernama

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview