Empat Maut Dalam Serangan Pengganas Di Arab Saudi

RIYADH, 9 Julai — Seorang anggota polis Arab Saudi, seorang rakyat Bangladesh dan dua penyerang terbunuh dalam satu serangan pengganas di sebuah pusat pemeriksaan keselamatan di wilayah tengah Al Qassim, lapor agensi berita China Xinhua memetik Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi berkata serangan itu berlaku pada petang Ahad yang menyaksikan tiga pengganas menembak anggota polis terbabit. 

Pasukan keselamatan kemudian membalas tembakan kesemua penyerang.

Selain empat mangsa maut, pengganas ketiga cedera dan telah dirujuk ke hospital.

Sejak kebelakangan ini, Arab Saudi telah menyaksikan peningkatan serangan pengganas oleh kumpulan militan Daesh yang sebelum ini menyepikan diri.

Pada Mei, tiga anggota polis terbunuh dalam satu serangan pengganas di sebuah pusat pemeriksaan keselamatan di barat daya wilayah Asir.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview