imageProses menyita barang dilakukan oleh beberapa pegawai dari Mahkamah Tinggi Ipoh sebaik sahaja mereka menyerahkan writ penyitaan kepada adik perempuan Hamidah.

Difahamkan Hamidah tiada di rumah ketika writ saman itu diserahkan.

Proses penyitaan berjalan lancar turut disaksikan oleh dua wakil peguam Khalid iaitu dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates.

Antara barangan yang disita termasuklah perabot dan kelengkapan elektrik mengikut nilai yang diputuskan mahkamah.

Barang-barang berkenaan akan dilelong sebagai tindakan seterusnya jika Hamidah masih gagal membayar ganti rugi tersebut selepas tempoh 14 hari.

Pada 27 April lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan Hamidah membayar jumlah berkenaan kepada Khalid atas penerbitan artikel yang bertajuk ‘Umat Islam perlu Bersatu’ dalam blognya sekitar Januari 2010 dengan memuatkan gambar bertindih Khalid berpakaian ala seorang paderi.

Sementara itu, Hamidah ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

Katanya, beliau dalam proses menenangkan diri berikutan apa yang terjadi.

“Peguam bela saya seharusnya memaklumkan penyitaan ini namun dia tidak berbuat demikian. Saya benar-benar terkejut apabila dimaklumkan tentang kehadiran wakil mahkamah untuk menyita,” katanya. – Utusan