Gempa Aceh : Malaysia Kongsi Perasaan Sedih Indonesia – Najib

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi gempa bumi yang melanda Banda Aceh, Indonesia, hari ini.

“Takziah kepada keluarga mangsa tragedi gempa bumi Aceh. Malaysia berkongsi perasaan sedih Indonesia,” kata Perdana Menteri dalam catatan di laman Twitternya.

Najib berkata Malaysia sedia menghulur sebarang bantuan yang diperlukan Indonesia.

Badan Nasional Penanggulangan Bencana Indonesia mengesahkan 52 orang maut setakat ini dalam gempa bumi berukuran 6.4 skala Richter yang melanda daerah Pidie Jaya, wilayah Aceh, pagi tadi.

Dilaporkan tragedi itu turut menyebabkan kerosakan harta awam, bangunan pejabat, masjid dan perniagaan di Indonesia.

Sementara itu, Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terjejas dalam bencana tersebut.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview