GPRS Jelajah Seluruh Parlimen Perjelas Isu Air Selangor Kepada Rakyat

AMPANG, 12 Okt –  Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) akan meneruskan sesi penerangan mengenai krisis air serta pemberian air percuma di negeri itu di seluruh kawasan parlimen bagi menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.

Ia susulan daripada kejayaan empat siri jelajah diadakan sebelum ini yang mendapat maklum balas positif rakyat dengan lima saman difailkan di mahkamah menuntut kerajaan negeri menunaikan janji untuk memberikan air percuma seperti terkandung di dalam manifesto pilihan raya umum 2008.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, pihaknya sudah menerima undangan penduduk di beberapa kawasan untuk mengadakan majlis penerangan serta soal jawab serta menunggu masa yang sesuai untuk berbuat demikian.

“Sambutan dan maklum balas rakyat setakat ini baik dengan ada di antara mereka meminta supaya sesi taklimat ini dibuat di seluruh Selangor.

“Kita akan bergabung dengan beberapa badan bukan kerajaan lain seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk turun padang bertemu rakyat bagi memberi penjelasan ini,” katanya pada Majlis Forum Rakyat Krisis Air Selangor dan Projek Rakyat 2 di sini, Khamis malam.

Hadir sama, Aktivis Pengguna PPIM, Mohd Mustaffa Hamzah & Pakar Air, Dr Azuhan Mohamed.

Sohaimi berkata, sebagai NGO yang mewakili kehendak akar umbi, GPRS mengajak mana-mana individu atau badan berkaitan untuk bertukar pandangan mengenai isu berkenaan agar rakyat memahami kedudukan terkini isu itu selain mengelak ia dipolitikkan pihak tertentu.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview