GPRS jelajah seluruh Selangor perjelas isu air

 

 

Lembah Pantai, 24 Julai- Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) dan rakan-rakan NGO di Selangor akan melancarkan dan bergerak mengadakan road show ke daerah-daerah dalam negeri Selangor untuk memberi penjelasan apa sebenarnya krisis air di Selangor yang diperkatakan sekarang ini.

 

Pengerusinya, dato Shohaimi Shahadan berkata, dalam masa yang sama, GPRS juga akan menyebarkan flyer berkaitan dengan isu air ini selain banner dan bunting dalam usaha kita memberi penjelasan kepada seluruh rakyat Selangor mengenai isu ini.

 

“GPRS turut menyelar satu demostrasi haram yang dibuat oleh Aangkatan Muda Keadilan (AMK) semalam, yang jelas tidak faham dan tidak tahu prosedur selain tidak membuat kajian yang terperinci. Memorandum yang mereka serahkan kepada pihak Syabas tetapi dihantar ke pihak Puncak Niaga dan sebahagian besar kandungan memorandum yang mereka hantar ini, sebenarnya mereka tidak faham isu sebenar.

 

Siapa operator air, lojinya, mereka tidak faham tangki, kolam tadahan dan prosedur proses-proses entity yang terlibat dalam menguruskan dari air mentah dari yag disedut atau ditakung sehinggalah sampai ke rumah-rumah,” ujarnya pemberita selepas taklimat GPRS bersama pihak pengurusan Syabas di Ibu Pejabatnya di Lembah Pantai.

 

Pihak GPRS juga mendesak kerajaan Persekutuan untuk lebih tegas dan lebih serius untuk melaksanakan Langat 2 kerana loji Langat 2 ini harus segera kita laksanakan setelah kerja-kerja peringkat awal dibuat dari Pahang untuk mengambil air di Sungai Semantan. Ia perlu dilaksanakan kerana kalau loji ini tidak dilaksanakan, setelah siapnya saluran pembekalan air ini, ia akan jadi satu lagi projek ‘gajah putih’.

 

“Akhirnya isu air ini akan berterusan, dan perancangan harus dibuat mulai hari ini walaupun kita difahamkan bahawa perancangan ini telah dibuat beberapa tahun yang lalu tetapi dibatal dan ditangguhkan oleh kerajaan negeri hari ini di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim ini adalah atas agenda politik,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO bahagian Selayang.

 

Sebelum itu, GPRS dan beberapa lagi pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan pertemuan dengan dan sesi dialog bersama pihak pengurusan SYABAS di ibu pejabat syarikat berkenaan di Lembah Pantai.

 

Difahamkan, sejak 2005 SYABAS sudah mengemukakan 48 cadangan kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan beberapa projek baru termasuk pembinaan loji bagi menampung keperluan penduduk yang semakin meningkat.

 

Selain itu, akibat kekangan daripada kerajaan negeri, SYABAS juga tidak dapat melaksanakan beberapa projek CAPEX yang tertunda sejak Julai 2008 iaitu penggantian aset lama termasuk menggantikan paip lama dan paip pecah.

 

 

 

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview