Hanya 166 Mangsa Banjir Di Johor Setakat Tengah Hari – Ayub

JOHOR BAHRU, 4 Feb — Keadaan banjir di Johor bertambah baik dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara berkurangan kepada 166 orang merangkumi 35 keluarga setakat tengah hari ini berbanding 186 orang pagi tadi.

ayub-rahmat_banjirl_600Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Datuk Ayub Rahmat berkata kesemua mereka ditempatkan di lima pusat pemindahan yang masih beroperasi di Segamat berbanding enam pagi tadi.

“Pusat pemindahan yang ditutup pada 8 pagi tadi ialah di Kampung Bukit Senggir manakala lima yang masih beroperasi membabitkan Balai Raya Kampung Pogoh Tengah, Sekolah Agama Gemerih, Sekolah Kebangsaan Spang Loi, Kompleks Penghulu
Pogoh dan Balai Raya Kampung Sanglang,” katanya dalam satu kenyataan.

Ayub berkata Jalan Kampung Sungai Pinggan di Pontian masih terputus hubungan akibat jambatan runtuh.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview