HP bantu pengkomputeran awam

PENYELESAIAN CloudSystem Hewlett-Packard Malaysia Sdn Bhd (HP) membantu perusahaan mempercepatkan penggunaan  pengkomputeran awan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, penawaran baru itu dibangunkan di atas sistem awan, elemen teras portfolio Converged Cloud yang menyediakan platform lengkap, bersepadu dan  terbuka.

Menurut syarikat itu, portfolio ini membolehkan perusahaan dan penyedia perkhidmatan membina dan menguruskan perkhidmatan dalam persekitaran awan tertutup dan diurus.

Dalam satu kaji selidik yang dijalankan HP, menunjukkan bahawa lebih separuh (57 peratus) daripada responden menyatakan bahawa mereka perlu mengurangkan masa kepada peruntukan aplikasi baru daripada berbulan-bulan kepada berminggu-minggu untuk mendapatkan manfaat perniagaan yang ketara.

“21 peratus berkata, mereka perlu mengurangkan masa serahan aplikasi baru daripada berminggu-
minggu kepada hari,” kata syarikat itu.

Terdapat 15 penyelesaian sistem awan HP yang tersedia dalam pasaran sekarang di Asia Pasifik dan Jepun dan harga mungkin berbeza dari segi negara  konfigurasi.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview