Hutang Lama Belum Selesai, Tun M Dah Pinjam Lagi Yen Untuk Selesaikan Hutang Negara – Shahril

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Shahril Suffian Hamdan, hairan tindakan Perdana Menteri, YAB Tun Mahathir Mohamed memohon pinjaman dalam matawang Yen untuk menyelesaikan hutang negara.

Ujarnya, hampir semua hutang Kerajaan adalah dalam Ringgit, hanya 2% daripada RM700 bilion hutang Kerajaan dalam matawang asing termasuk Yen.

“Kedua, risiko untuk negara muflis lebih tinggi apabila kita meminjam dalam matawang asing seperti Yen kerana terdedah kepada naik turun kadar tukaran matawang Ringgit-Yen dan juga kadar faedah negara Jepun.

Ketiga, negara tidak akan muflis apabila meminjam dalam matawang sendiri, pengeluaran Ringgit dikawal oleh Bank Negara Malaysia, jadi tak timbul isu negara akan muflis dengan 98% daripada hutang Kerajaan didenominasi dalam Ringgit.

Hutang Kerajaan ni bukan macam hutang kita, individu atau isu rumah,” ujarnya melalui kenyataan dalam Facebooknya hari ini.

Dalam bahasa mudahnya, kita individu kalau hutang, kita takda bank sendiri. Kerajaan ada bank sendiri, Bank pusat yang boleh “cetak” Ringgit bila-bila masa (Cuma jangan terlalu ghairah sehingga inflasi tinggi).

“Sebab tu teknikalnya, sesebuah Kerajaan mana-mana dunia takkan boleh “default” atau muflis dari hutang matawang sendiri.

Keempat, kita masih berhutang berbilion Ringgit kepada negara Jepun yang mana hutang-hutang bilateral ini dibuat pada tahun 90-an untuk projek khusus seperti Projek Pembangunan Luar Bandar, pembinaan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), projek Empangan Beris, projek pembangunan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan banyak lagi.

Tindakan Tun Mahathir menimbulkan lebih banyak persoalan daripada penyelesaian,” tambahnya lagi.

Kalau pinjaman daripada Kerajaan Jepun dibuat untuk projek-projek pembangunan, tidak mengapa tapi pinjaman ini katanya dibuat untuk selesaikan hutang Kerajaan yang asalnya dalam Ringgit sendiri.

“Harap ada penjelasan pakar-pakar ekonomi Kerajaan yang bijaksana, Majlis Penasihat hebat-hebat belaka, kami harap mereka dapat menjelaskannya,” ujarnya lagi.  

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview