Ibu tunggal dinasihatkan rebut peluang dalam bidang usahawan

Jertih -Kehidupan sebagai ibu tunggal tidak selalunya menghadapi kesususahan sebaliknya ramai dikalangan mereka boleh menjadi golongan yang berjaya dalam kehidupan.

Ini kerana banyak peluang kini disediakan oleh kerajaan untuk membantu golongan ibu tunggal terutama dalam bidang keusahawanan.

Penasihat Agama Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin berkata, ibu tunggal mampu bersaing dengan wanita yang mempunyai suami jika mereka juga diberi peluang dan peluang itu hendaklah direbut oleh ibu tunggal.

Abdullah yang juga Ahli Parlimen Besut berkata, pelbagai agensi dan jabatan kerajaan kini menyediakan ruang yang lebih kepada ibu tunggal terutama mereka yang berminag untuk menjadi usahawan berjaya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Program Karisma Selendang Biru, Semarak Kasih Peringkat Daerah Besut di Dewan Majlis Daerah Besut (MDB), Gong Kemuntong, di Jertih, hari ini.

Program anjuran bersama Pejabat Daerah Besut, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPK) dan Persatuan Ibu Tunggal Daerah Besut, bertujuan menghimpunkan ibu tunggal sekitar daerah itu. Hadir sama pada majlis itu ialah Pegawai Daerah Besut, A Rahim Jusoh serta pegawai kanan jabatan kerajaan daerah Besut.

Seramai 1,500 ibu tunggal daerah itu menghadiri program sehari yang dipenuhi dengan pelbagai acara menarik termasuk pertandingan mewarna untuk kanak-kanak Tadika, deklamasi sajak, ceramah motivasi dan persembahan marhaban.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview