imageNaib Presiden Kanan Pemasaran Dunia Apple, Philip Schiller berkata, respon awal untuk iPad Pro daripada pemaju aplikasi dan pelanggan adalah sangat luar biasa dan syarikat gembira kerana dapat menawarkan peranti tersebut ke seluruh dunia pada minggu ini.

Katanya, Apple Pencil dan ­Apple Smart Keyboard baharu juga boleh ditempah pada hari ini.

“iPad Pro adalah iPad yang paling berkuasa yang pernah dihasilkan yang menawarkan kepada pengguna keupayaan untuk menjadi lebih kreatif dan lebih produktif dengan paparan epik Retina 12.9-inci, cip berkuasa 64-bit A9X dan Apple Pencil serta Smart Keyboard baharu.

“Kita tidak boleh menunggu untuk melihat apa yang pelanggan kami akan lakukan dengan iPad Pro,” katanya dalam ke­nyataan di laman web Apple.com hari ini.

iPad Pro dengan 5.6 juta piksel dilengkapi bateri yang boleh bertahan selama 10 jam bakal menjadi pesaing kepada kebanyakan komputer riba di pasaran.

Buat masa ini, Apple hanya mengumumkan harga untuk pasaran Amerika Syarikat iaitu versi WiFi dengan memori dalaman 32 Gigabit dijual pada harga AS$799 (RM3,483.64) manakala versi selular dengan memori dalaman 128 Gigabit dijual pada harga AS$1,079 (RM4,704.44)

Peranti tersebut didatangkan dalam tiga warna iaitu, perak, kelabu dan emas.

Harga tidak termasuk aksesori tambahan iaitu Apple Pencil yang dijual pada harga AS$99 (RM431.64) dan Smart Keyboard pada harga AS$169 (RM736.84). – AGENSI