Israel serang Gaza buat hari kelima, 47 maut

BAITULMUQADDIS – Pesawat-pesawat Israel melancarkan serangan ke atas Gaza buat hari kelima pagi ini sementara angka kematian di pihak Palestia mencecah 47 orang setakat ini.

Separuh daripada angka kematian itu membabitkan orang awam termasuk 12 kanak-kanak, kata laporan Reuters memetik pegawai-pegawai Palestin.

Laporan itu juga menyebut bahawa tentera Israel sedang membuat persiapan untuk melancarkan serangan dari darat.

Bagaimanapun negara jiran Mesir pula berkata sudah ada tanda-tanda kemungkinan kedua-dua pihak akan memeterai gencatan senjata.

Israel melancarkan kempen serangan udara ke atas Palestin pada Rabu lalu, membawa kepada kematian pemimpin utama Hamas yang menyelia wilayah gaza dan menentang kewujudan rejim Yahudi.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview