Isu Mat Yo: PBNJ tunggu surat Kafa

PERSATUAN Bola Sepak Johor (PBNJ)  belum menerima surat hitam putih daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengenai persetujuan melepaskan Norsharul Idlan Talaha menerusi “perpindahan biasa.”

Menurut sumber, selagi belum menerima sebarang surat daripada Kafa, PBNJ tidak boleh mengulas mengenai isu tersebut.

“Buat masa ini, PBNJ masih belum menerima surat daripada Kafa.

“Lagipun, hari ini Johor cuti, jadi sama ada surat itu sudah sampai ataupun tidak belum pasti. Kita lihat macam mana nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa yang memberi masa tujuh hari kepada Johor membalas dan menerima tawaran perpindahan tersebut.

Semalam, Sinar Harian Online melaporkan bahawa Annuar bersetuju untuk melepaskan tonggak utama Harimau Malaya ke Johor menerusi “perpindahan biasa.”

Bagaimanapun, perpindahan tersebut bersyarat dan mempunyai terma tertentu yang perlu dipatuhi Johor.

Mengumumkan perkara itu menerusi laman Facebooknya, Annuar berkata, pihak PBNJ mempunyai tempoh seminggu untuk menerima tawaran Kafa dan andai Johor menerimanya maka Mat Yo akan sah menjadi hak milik pasukan Harimau Selatan itu. (Sumber- Sinar Harian)

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview