Jamal Sumbang `USD 1,800 Million’ Kepada Parti Bunge

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilihat tidak perlu lagi menagih dan meminta derma dari orang ramai untuk membiayai dana bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke14 apabila  Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos hari ini memberi sumbangan RM7 million (USD 1,800 Million) sekaligus membolehkan PPBM menghentikan usaha kutipan ini dari orang ramai.

“Saya harap selepas ini PPBM tutup sahaja akaun itu, tidak perlu susahkan rakyat negara ini untuk memberikan sumbangan kepada parti itu, cek ini sah sehingga 2022 sebagaimana selama 22 tahun Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad memerintah sebagai Perdana Menteri.

“Ini adalah juga hasil perkongsian perniagaan saya dengan Tun Mahathir selama 22 tahun beliau memerintah terdahulu,” ujarnya sinis kepada media selepas melakukan transaksi `dana’ berkenaan di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Tambahnya, ‘dana peribadi’ itu disumbangkan kepada PPBM bagi membiayai parti itu sekaligus membantu gerak kerja mereka menghadapi PRU14 nanti,  dan diharapkan dana tersebut mencukupi untuk mengerakkan PPBM lantas meminta menghentikan kutipan derma daripada orang ramai.

Dalam masa yang sama, Jamal menegaskan bahawa Tun Mahathir dan pemimpin parti `bunga’ ini sebenarnya sedang bersandiwara dalam soal meminta derma ini kerana beliau (Tun M) sebenarnya telah membawa masuk sejumlah wang berjumlah 1.8B USD ke dalam negara yang akan digunakan sebagai dana PRU14 ini.

“Dua kaedah akan digunakan terhadap dana tersebut iaiatu satu untuk digunakan dalam PRU dan keduanya, dana yang sebesar itu akan digunakan untuk ‘membeli’ wakil-wakil rakyat yang menang (selepas PRU14), bagi mereka mencapai cita-cita mereka untuk menubuhkan kerajaan. Ini dua perancangan yang sedang dibuat Tun Mahathir.

Tujuan mereka mengadakan tabung kutipan ini sekadar mengaburi mata rakyat apabila kegiatan secara haram ini dengan membawa duit masuk tanpa melalui bank negara ini, nanti akan terdedah, mereka akan jawab (Tun Mahathir) mengatakan duit tersebut merupakan sumbangan orang ramai.

Jadi sebelum terdedah, Tun Mahathir sudah memikirkan bagaimana nak jawab nanti kepada media dan orang ramai, dari mana datangnya duit yang sebegitu banyak” ujarnya lagi.

Sementara itu, Jamal turut mendakwa Tun Mahathir memberi wang sejumlah RM1 billion kepada parti kompenan Pakatan Harapan diketuai DAP untuk mendapatkan jawatannya (Pengerusi Pakatan Harapan) sekarang.

“RM 700 juta juga turut diberikan kepada PKR dan Mat Sabu untuk memastikan kedudukannya sekarang.

“Saya akan serahkan semua fail dan bukti yang ada kepada pihak berkuasa mengenai dakwaan saya ini tidak lama lagi,” ujarnya. 

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview