Jamal Yunos Letak Jawatan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar

KUALA LUMPUR, 6 Feb — Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar serta semua jawatan dalam badan bukan kerajaan (NGO) yang disandang beliau.

img-20160410-wa0144Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia (GNGMM) itu membuat pengumuman selepas dibebaskan bersama sembilan tahanan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada kira-kira pukul 7 malam ini.

Video pengumuman peletakan jawatan beliau berdurasi 1.21 minit turut dimuat naik di laman Facebook rasmi beliau sebentar tadi.

Khamis lepas, Jamal ditahan di kediamannya dan ditahan reman lima hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan berhubung serbuan ke atas beberapa premis yang disyaki menjalankan kegiatan perjudian di sekitar Selangor.

Pada Disember tahun lepas, Jamal bersama beberapa yang lain telah ‘menyerbu’ beberapa premis berkenaan di Ampang, Selangor.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview