Jangan Khuatir, Kehadiran Kapal Induk USS George Washington Tidak Bawa Dana Asing

Kuala Lumpur, 9 Oktober – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, lawatan muhibbah tentera dari negara-negara sahabat terutamanya tentera laut jangan dianggap sebagai mendedahkan Malaysia sebagai tempat adu domba percaturan politik.

“Mereka tidak pernah membawa masuk dana asing untuk membiayai aktiviti NGO atau parti politik seperti yang dibuat oleh beberapa pihak. Menjadi dasar pertahanan negara untuk menerima kunjungan pegawai dan anggota tentera dari negara-negara sahabat untuk mempertingkatkan diplomasi ketenteraan atau military diplomasi bagi menjalin hubungan yang lebih baik antara angkatan tentera serantau dengan negara kita.

Malah Angkatan Tentera Malaysia kerap mengadakan kunjungan muhibbah dengan negara luar bagi menjalin hubungan yang baik ini dan memperolehi pendedahan serta pengalaman baru dari negara-negara berkenaan,” ujarnya tindakan kerajaan Malaysia membenarkan kehadiran kapal induk pesawat Amerika Syarikat (AS) USS George Washington berlabuh di Pelabuhan Klang hujung minggu lalu.

Tambahnya, kunjungan balas juga kerap diterima dari angkatan tentera luar ke negara kita sebagai balasan kunjungan kita.

“Jangan khuatir, mereka tidak membawa dana asing untuk membiayai dana asing untuk membiayai kegiatan NGO dalam negara kita,” ujarnya sinis.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview