Jangan mudah terpesona janji bulan dan bintang pembangkang – Datuk Nasir

Oleh: Dg Maimunah Sidek (dms762000@yahoo.com)

Semporna: Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Dato Sri Nasir Tun Sakaran,mengingatkan rakyat tidak cepat terpesona dengan janji-janji bulan dan bintang pembangkang yang sengaja ditabur semata-mata ingin meraih simpati serta memesongkan pemikiran rakyat.

Nasir menjelaskan, selama ini kerajaan BN telah dan sedang melaksana tugas dan tanggungjawab sebagai kerajaan yang diberikan mandat oleh rakyat dengan menyalurkan pelbagai bantuan dan pembangunan yang diperlukan oleh rakyat terutamanya di kawasan-kawasan luar Bandar.

Katanya, transformasi pengurusan Negara yang baik serta penambahbaikan pendidikan,pembangunan infrastruktur dan pelbagai bantuan khas kepada rakyat merupakan usaha Perdana Menteri serta  pucuk kepimpinan Negara dan negeri ini benar-benar ikhlas membela nasib rakyat.

Jadi katanya,mengapa kita terpesona dengan propaganda yang sengaja disebarkan pihak pembangang dan cuba menafikan hasil usaha dan pembangunan yang telah,sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Nasir berkata,kerajaan BN sentiasa peka dan prihatin membantu rakyat keseluruhannya tanpa memikirkan ideologi politik,kaum mahupun fahaman agama termasuk masyarakat di luar bandar yang sememangnya banyak memerlukan pembangunan infrastruktur dan pembangunan asas.

“ Kita berharap orang-orang kita tidak mudah tertipu dengan janji-janji bulan dan bintang ini kerana keajaan BN telah terbukti menunaikan janji dengan slogan Janji DiTepati,” kata Nasir.

Justru kata Nasir,tiada sebab mengapa rakyat harus tertipu dengan bujukan pembangkang yang hanya tahu menabur fitnah,adudomba dan tidak membela nasib rakyat apabila diberikan kepercayaan dan mandat.

Beliau berkata demikian sempena majlis Ziarah Ramadhan dan Majlis berbuka puasa bersama masyarakat Islam Kampung Tampi-Tasmpi Asli dekat sini.

Hadirsama sempena majlis itu Pegawai Daerah Semporna,Abdul Muhammad Ibnu Abdul Kadir Baba;Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat Kawasan Dun Senallang,Haji Tahir Amir;Ketua Daerah Semporna,OKK Haji Musa Sabaani; ADDO Haji Abdullah Sukka;Pegawai Kemajuan Masyarakat Dun Senallang,Roslan Jalaludin,pemimpin-pemimpin masyarakat serta kakitangan UPKR Senallang,

Dato Sri Nasir yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Semporna,menasihatkan rakyat terus memelihara semangat perpaduan kaum,persefahaman serta tidak berpecah belah sebaliknya sentiasa bermuafakat menyelesaikan apapun permasalahan demi keharmonian sesama penduduk disamping mengeratkan hubungan dengan kaum-kaum yang lain berlandaskan konsep 1Malaysia.

Sehubungan itu,katanya umat Islam hendaklah meningkatkan amal ibadah terutamanya di bulan Ramadhan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan.

“ Meskipun ada di kalangan kita berbeza pendapat dan ideologi politik namun tidak semestinya kita terus bersengketa dan memisahkan diri dari masyarakat dalam hal ehwal agama Islam,” kata Nasir.

Katanya, dalam kehidupan bermasyarakat dalam sesebuah kampung hendaklah mengenepikan sikap mementingkan diri,fahaman politik dan perbezaan kedudukan sebaliknya sama-sama memajukan kampung dengan permuafakatan bijak sambil memelihara keharmonian kaum.

Sempena majlis itu Nasir menyampaikan bantuan zakat asnaf faqir Pusat Zakat Zabah(JHEAINS) ; menyampaikan sumbangan dan zakat peribadi kepada masyarakat dan kanak-kanak yang turut menghadiri majlis itu seterusnya bersama-sama masyarakat Islam menunaikan solat berjamaah solat magrib

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview