Jerebu Tidak Terlalu Jejaskan Industri Pelancongan Johor

MUAR, 5 Nov  — Jerebu buruk melanda negara termasuk Johor baru-baru ini, tidak terlalu menjejaskan industri pelancongan di negeri ini, dan yakin sasaran mendapatkan lima juta pelancong akan tercapai, sehingga penghujung tahun ini.

Unknown-1Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri Datuk Tee Siew Kiong berkata kedatangan pelancong ketika jerebu menyaksikan  sedikit penyusutan, namun ia tidak banyak memberi kesan terhadap industri itu.

“Mungkin ia menjejaskan industri pelancongan sebanyak tiga hingga lima peratus sahaja semasa jerebu itu, namun ia kembali pulih kerana keadaan itu hanya sekejap.

“Saya tidak nampak, ia akan memberi kesan terhadap sasaran kita mencapai kehadiran lima juta pelancong tahun ini, dan kita yakin ia akan tercapai sehingga hujung tahun ini,” katanya selepas melancarkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2015 peringkat negeri di sini, hari ini.

Tee berkata Johor mempunyai ‘acuan mencukupi’ untuk menarik kedatangan pelancong ke negeri ini, baik daripada sumber alam serta keunikan makanannya.

Selain itu, beliau berkata dengan adanya pelancongan kereta api apabila terlaksananya Tren Ekspres Peninsular Johor Baharu-Hat Yai-Johor Baharu, juga dapat mencapai sasaran kedatangan pelancong itu.

“Ini peluang terbaik kita menarik pelancong luar untuk datang dengan adanya laluan kereta api secara terus ini,” katanya.

Berita Berkaitan