Kadar Jangka Pendek Berkemungkinan Stabil Minggu Depan

Kuala Lumpur, 13 Okt — Kadar-kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil minggu depan kerana Bank Negara Malaysia (BNM) berkemungkinan terus campur tangan dalam pasaran wang untuk mengawal paras lebihan mudah tunai, kata peniaga.

Dalam minggu ini, BNM mengendalikan beberapa tender pasaran wang saban hari termasuk tender-tender konvensyenal, Al-Wadiah, repo dan program murabahah komoditi.

Bagi minggu baru berakhir, lebihan mudah tunai dalam operasi konvensyenal adalah sebanyak RM9.112 bilion manakala dalam sistem perbankan Islam lebihan berjumlah RM1.9 bilion.

Pada Jumaat, bank pusat mengendalikan tujuh tender, terdiri daripada tiga tender konvensyenal, tiga tender Al-Wadiah, dan satu program murabahah komoditi.

Bank pusat itu juga mengeluarkan tender lewat; satu dalam sistem konvensyenal bagi RM9.1 bilion dan satu tender Al-Wadiah bagi RM1.9 bilion, kedua-duanya wang tiga hari.

Hingga semalam, kadar semalaman kekal pada 2.96 peratus, manakala kadar-kadar seminggu, dua minggu dan tiga minggu masing-masing pada 3.00 peratus, 3.02 peratus dan3.05 peratus.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview