Keceriaan kampung teras kemakmuran penduduk: Dato Sri Nasir

Oleh: Dg Maimunah Sidek (email: dms762000@yahoo.com)

SEMPORNA: Menteri DiJabatan Ketua Menteri, Dato Sri Nasir Tun Sakaran,menyarankan semua penduduk mengutamakan kebersihan kampung dan kawasan alam sekitar  untuk mengindahkan pemandang kampung masing-masing.

Katanya, selain mengindahkan pemandangan kampung,mereka juga diingatkan terus memperkukuhkan perpaduan sesama kaum dan saling bekerjasama memajukan kampung sebagai teras kepada kesejahteraan, kemakmuran dan keamanan.

Nasir berkata demikian sempena  majlis Penyampaian Sijil Johan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Daerah  di kampung  Damai.

Hadir sama sempena majlis itu Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat Dun Senallangm, haji Tahir Amir, Ketua Daerah, OKK Haji Musa Sabaani; Pengerusi JKKK  Damai,Haji Abd Razak Tampi; KK Sumanteri Rosmani dan Pengerusi PBS Bahagian Semporna, Encik Hassan.

Sehubungan itu Dato Sri Nasir, menyarankan peduduk-penduduk Kampung Damai mengekalkan prestasi mereka sebagai Kampung Cemerlang dengan meningkatkan lagi produktiviti, menambah produk kampung, di samping sentiasa mengutamakan kebersihan kawasan kampung sebagai lambang keceriaan dan kesejahteraan penduduk.

Kampung Damai terletak di dalam kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Senallang merupakan salah sebuah daripada 60 buah kampung  di Semporna yang dinilai sebagai Desa Cemerlang dan dihuni oleh pelbagai sukukaum yang hidup dalam rukun dan damai serta mengamalkan konsep 1Malaysia.

Nasir juga turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada penduduk-penduduk Kampung Damai yang sentiasa merealisasikan semangat kerjasama yang erat dan ianya hendaklah diteruskan demi mencapai kecemerlangan yang lebih mantap.

Katanya, rakyat juga seharusnya lebih bersyukur dengan nikmat pembangunan yang selama ini diperjuangkan oleh kerajaan sambil menasihatkan penduduk terus mengutamakan perpaduan kaum, persefahaman serta tidak berpecah belah sebaliknya sentiasa bermuafakat menyelesaikan apapun permasalahan demi keharmonian sesama penduduk di samping mengeratkan hubungan dengan kaum-kaum yang lain berlandaskan konsep 1Malaysia.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview