kekosongan Kerusi DUN Sg Kandis Belum Dibincangkan – Azmin

SHAH ALAM, 3 Julai  — Pakatan  Harapan (PH) masih belum berbincang tentang kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis berikutan kematian penyandangnya Mat Shuhaimi Shafiei semalam, kata Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata pihaknya menunggu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan tarikh pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu sebelum sebarang perbincangan dibuat tentang pengganti Mat Shuhaimi.

“Kita serahkan kepada SPR untuk mengumumkan bila PRK akan diadakan, kemudian baru PKR dan PH berbincang serta membuat persediaan PRK itu.

“Malam tadi, ada mesyuarat biro politik (PKR), namun isu ini tidak dibincangkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Jalinan Silaturahim Aidilfitri anjuran Invest Selangor Berhad di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Datuk Hasan Azhari Idris.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview