Kenyataan Retorik Pemimpin PH, Harga Barang Keperluan Musim Perayaan Tetap Naik – Hairi

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Ketibaan Syawal menyaksikan menyaksikan umat Islam seluruh negara menyambut hari kemenangan selepas 29 hari berpuasa berperang melawan hawa nafsu dan lapar dahaga.

Namun, suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini menyaksikan sambutan sederhana diraikan segenap lapisan masyarakat dalam pentadbiran Malaysia Baharu.

Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Johor Bahru, Hairi Md Shah berkata, sepanjang Syawal, setiap isi rumah pastinya menyediakan hidangan, sekaligus mendorong kepada peningkatan permintaan terhadap barangan asas seperti ayam, daging, kambing, ikan, sayur, tepung, mentega, cili dan banyak lagi.

“Peningkatan permintaan itu menyebabkan sesetengah pihak mengambil kesempatan menaikkan harga barang secara mendadak sehingga memberi kesan kepada rakyat.

Malah minggu ini, rakyat Malaysia terutama isi rumah menerima ‘tamparan’ lagi apabila mereka bakal berdepan kenaikan tarif asas gas asli yang lebih tinggi selepas Gas Malaysia Bhd akan menyemak semula tarif gas asli bagi sektor bukan tenaga di Semenanjung Malaysia bagi tempoh dari 1 Julai, 2018 hingga 31 Disember 2018.

Dalam laporan media arus perdana Rabu lalu juga memaklumkan pengedar gas asli itu berkata kerajaan PH sudah meluluskan semakan semula itu pada 12 Jun 2018 melalui surat daripada Suruhanjaya Tenaga,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada media.

Namun, apa yang boleh kita lihat, tiada tindakan apatah lagi perancangan dasar konkrit, holistik, atau ayat mudahnya, jaminan kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhubung isu kenaikan harga barangan.

Hanya sekadar kenyataan retorik dan jaminan ‘mulut’ yang dikeluarkan oleh Menteri berkaitan menjaga hal ehwal harga barang, sedangkan realitinya pengguna menderita berdepan kenaikan harga yang menekan.

“Apa yang terjadi dengan janji kedua dalam Teras 1 Buku Harapan yang dimomok-momokkan ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu?

Lebih satu bulan memegang tampuk pemerintahan, isu penyusunan senarai Menteri Kabinet tidak lagi dapat diselesaikan, apatah lagi mahu membuat dasar tegas berhubung kawalan kenaikan harga barang.

Ini bukan isu memberi masa atau masih baru memerintah, ia adalah soal bagaimana satu-satu kerajaan itu mencari penyelesaian dan kata sepakat berhubung sesuatu isu rakyat, bukan hanya mengungkap kata-kata populis semata-mata,” tambahnya yang juga merupakan Calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru pada Pemilihan UMNO 2018, 23 Jun ini.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview