Kepentingan Bangsa Johor Keutamaan Kerajaan Negeri

SKUDAI: Pelbagai inisiatif dan pendekatan telah diwujudkan oleh kerajaan negeri melalui Bajet Johor 2016 bagi membantu Bangsa Johor mempunyai kehidupan yang berkualiti dan sejahtera.

12247131_986050718100624_1288469064828487335_nPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Md Jais Sarday berkata setiap pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) di negeri ini harus memahami dan menyampaikan dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri kepada masyarakat.

“Pada hari ini rakyat lebih memikirkan apa keperluan mereka menyokong kerajaan dan sebab itu kita (pemimpin) harus faham dan sampaikan kepada orang ramai” katanya pada Majlis Perasmian Konvensyen PPP Negeri Johor 2015 di Dewan MPJBT, Taman Universiti di sini semalam.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan kerajaan negeri telah mengumumkan penambahan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dan perumahan kos rendah di negeri ini dalam Bajet Johor 2016 bagi menampung permintaan tinggi rakyat.

“Kalau dulu sasarannya 18, 000 unit rumah tetapi sekarang ini dalam masa setahun dua kita akan menyiapkan lebih kurang 48, 000 unit rumah murah dan mampu milik” jelasnya.

Menurut beliau, bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat, kerajaan Johor juga telah mewujudkan Kedai Harga Patut yang dikenali sebagai 1MCoop yang diuruskan oleh Koperasi Iskandar Malaysia Berhad dengan menjual barang dengan harga yang lebih murah daripada kedai biasa dan pasar raya besar di negeri ini.

“Kepada ahli koperasi, kita tambah lagi diskaun 3 peratus dan dijangka memberi manfaat kepada lebih kurang 40, 000 anggota ahli yang berdaftar di 60 buah koperasi” ujarnya.

Sebelum itu, Jais Sarday telah memberikan ucapan tahniah kepada Parti PPP yang telah melakukan penjenamaan semula parti tersebut untuk menarik lebih ramai ahli daripada golongan belia.

Presiden PPP, Tan Sri M Kayveas berkata parti PPP perlu melakukan pembaharuan setelah 53 tahun ditubuhkan tetapi masih mengekalkan dasar yang sama.

“Kita telah memutuskan untuk tukar ‘PPP’ kepada ‘MyPPP’ iaitu Peace (Keamanan), Progress (Kemajuan) dan Prosperity (Kemakmuran) dengan menambah slogan baru iaitu ‘Proud To Be A Malaysian’ (Bangga Menjadi Rakyat Malaysia) serta beberapa pembaharuan lain dari aspek protokol dan pakaian” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian tersebut.

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview