Kerajaan Baru Pakatan Akan Berlaku Adil Kepada Semua – Daim

KUALA LUMPUR, 10 Jun — Kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad akan terus melindungi kepentingan orang Melayu dan bumiputera di samping menjaga kebajikan kumpulan marginal di negara ini.

“Rakyat daripada pelbagai kaum sama ada Melayu, Cina, India serta warga Sabah dan Sarawak, mengundi kerajaan baharu, jadi kami harus bersikap adil kepada mereka,” kata bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin semasa wawancara eksklusif dengan Bernama News Channel (BNC) dan Perkhidmatan Berita Ekonomi Bernama (BES) di sini Ahad.

“Usaha untuk menangani isu dan pembaharuan berkaitan dengan pengurusan ekonomi dan kewangan negara tidak akan menjejaskan mana-mana kumpulan  seperti yang termaktub di bawah perlembagaan,” kata Daim yang mengetuai Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) yang ditubuhkan kerajaan PH.

“Keseluruhan idea CEP yang terdiri  daripada individu terkemuka, ditugaskan untuk menasihati kerajaan mengenai isu-isu ekonomi dan kewangan “untuk memastikan keadilan bagi semua”.

“Kami akan mempertahankan dan menegakkan perlembagaan,” katanya.

 

-Bernama

Berita Berkaitan


© 2018 Malaysianview